Sunday, August 22, 2010

Beri tahu anda apa?/Tell you what?

Jam di bawah, tepi sebelah kanan laptop kesayangan aku menunjukkan pukul 1:13am.Jari jemari aku terasa hendak menulis (menaip sebenarnya) blog.Ingin menyatakan dan berkongsi perasaan yg boleh dikongsi umum.Sebelum itu, aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Yg Esa kerana telah meringankan beban ku pada hari semalam, 22 Ogos dimana genap nya hubungan cinta aku dengan si dia yg sentiasa disayangi :) Alhamdulillah, Terima kasih Allah, untuk segalanya. Semalam, aku dan kawan satu kolej aku yang bernama, E bukan nama sebenar, telah merancang untuk pergi temuduga untuk kerja sambilan di salah sebuah cafe atau bar di KLCC.Malangnya,semalam,aku menghantar khidmat pesanan ringkas atau SMS kepada E bukan nama sebenar, mendapat maklum balas bahawa beliau tidak boleh pergi menghadiri temuduga tersebut atas sebab teknikal.Aku tetap tidak membatalkan niat aku untuk mencari kerja,aku teruskan niatku untuk pergi ke KLCC ditemani seorang lagi kawan satu kolej aku, iaitu Idy.Kami berjanji untuk berjumpa di 'Jidmek' iaitu stesen Masjid Jamek.Setelah berjumpa,kami meneruskan perjalanan untuk ke KLCC.Sampainya di KLCC, aku menjadi 'blur'. Hatiku berbicara, "Kede ne mok d agak lok oh?takut eh." Idy juga ada bertanya jika aku ingin bekerja di kedai kasut dan memberi cadangan untuk bertanya di kedai kasut berjenama Vinnci.Aku dengan perasan takut lalu menyuruh Idy menanyakan kerja kosong di kedai tersebut.Sesampai nya di kedai Vinnci, lain pula yang dibuat.(faham faham la kalau dah perempuan masuk kedai Vinnci pulak tu kan) Selang beberapa minit, kami keluar dari kedai kasut tersebut.Cari dan mencari.Idy menyatakan bahawa dia akan tolong bertanya kepada kakak angkat nya yang bekerja di butik berjenama Esprit pula.Kami pun menuju ke butik Esprit.Setelah sampai,Idy pun bersembang dengan kakak angkat nya sebentar dua bentar.Tidak lama kemudian, Idy mengabarkan bahawa di butik tersebut tiada kerja kosong,tetapi di Pavilion ada lah. mcm boring je cerita aku ni. Kakak angkat Idy juga ada menyuruh kami bertanya di butik berjenama GAP iaitu sebuah butik baju kanak kanak.Tanpa melengahkan masa, kami menuju ke butik tesebut dan dengan berani nya aku bertanya sendiri kepada seseorang jejaka yg tak berapa nak macho di kaunter butik itu.Lalu dia 'mengepaskan' pertanyaan aku kepada seorang amoi.Amoi itu meminta aku untuk menulis nama, nombor ic, alamat serta nombor telefon ku.Selang beberapa minit kami menunggu, amoi pun menerangkan kepadaku tentang apa yg patut.Beliau juga bertanya bila aku boleh mula kerja dan aku pun menjawab, 25 Ogos pun dah boleh start,sampai 31.blablabla akhirnya amoi itu berkata bahawa beliau akan give me a call pada hari rabu ini.Soooo aku pun berasa legaaa.Harap harap dapatlah.Lepasss je keluar dari butik itu kami pun tak tahu nak pegi mana.Langkah demi langkah kami berjalan, akhirnya kami sampai di bangunan Pavilion.Kalau anda semua nak tahu lah kan, aku ni pantang tengok barang barang yg terdapat disini.Ada aje benda yg aku hangkat bwk balik rumah :D Mcm biasa, baju lah kann?:)) dan aksesori wanita iaitu rantai yg aku songlap di Selamanya21.ahaks.(bukan songlap ok,aku beli) Petang itu,aku berbuka puasa bersama Idy,KakYana (kakak Idy) & boyfriend beliau,Abg Bani (saudara Idy) dan kawan kepada boyfriend Kakyana.Gf dia sekali la.Kami berbuka puasa di PizzaHut.Alhamdulillah kenyang sampai nak muntah aku tadi.Selasai sahaja berbuka, kami pun balik. Itu lah yg terjadi dihari istimewa ku.Actually nothing special cus he's not there.Aku pun tidak ada idea dimanakah Si dia menghilang.Panggilan aku tidak dijawab.Sehingga lah sekarang, tiada apa apa feedback dari beliau.Well, aku harap kau baik baik aje tanpa aku.Aku malas nak marah,sebab bulan puasa.HAHA poyo jeee.Entahlah,aku malas nak fikir.Kalau aku fikir,aku akan fikir yg bukan bukan dan akan timbul perasaan marah dalam hati aku.Sebab tu lah aku malas daa nak fikir.Janji kau happy ok?Hrm rasanya disini sahaja aku boleh berkarya.Sebab aku nak mandi,pastu makan ayam penyet favourite kami sekawan iaitu KakAidaq,Daus,Azim,Milie,Arief,Idy,Aku,Akim dan Hyder(nama ikut sapa paling tua)ahaks.Kawan kawan, aku rindu anda semua.Esok jumpa tau? esok kami daftar subjek untuk semester yg seterusnya.Baiklah tuan tuan dan puan puan, itu sahaja untuk kali ini.InsyaAllah kita berjumpa lagi di hari dan waktu yg tidak berapa pasti bila.Selamat menjalani Ibadah Puasa & Selamat menjalani Mondaybluesss :)) Assalamualaikum. 2:14am 23/08/10

No comments:

Post a Comment